Tuesday, November 29, 2011

Sapi Betina


entry setelah 4bulan tak diupdate... lol
hari ni ada usrah bersama syed radhi.. antara yang hadir ialah...... piei dan phy.. yang lain tidak dapat hadir..
bermula dengan tadarus surah Al-Baqarah.. ayat 66-85.. mengupaskan tentang kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan oleh Allah kepada bani israel.. dimana bani israel dengan alasannya yang awalnya hanyalah seekor sapi betina yang diperintahkan untuk dikorbankan..tetapi dengan pelbagai pertanyaan hinggalah menyusahkan mereka sendiri..

kisah ni mengingatkan tentang assmngt masa dulu..lecturer hanya bgtau suruh hantar je..tp bila ditanya detail lagi tentang requirement...macam-macam lagi detail yang ditambah.. patut dah kata A... bagi je A...jangan ditanya A yang bagaimana..A font ape ke.. A besar ke kecik..jadi makin susah la nanti jadinya...

seterusnya.. masuk bab hadith.. tentang tidak boleh berjihad melainkan dengan izin ibubapa.. menjaga kedua ibu bapa lebih diutamakan dari berjihad sekiranya kedua ibu bapa kita masih ada lagi.. jadi.. jika kedua ibubapa masih ada lagi.. jagalah mereka dengan sebaik mungkin.. kerana kita tidak perlu pergi berjihad pun.. berjihad semestinya ingin mencari keredhaan Allah.. tetapi dengan menjaga kedua ibubapa dengan sebaiknya juga sudah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.. 

tetapi... ianya yang kelihatan begitu senang bukan tentu lagi senang... seorang ibu boleh menjaga 10orang anak dengan baik.. tapi 10orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu dengan baik... sama-samalah kita menjaga ibubapa kita dengan sebaiknya selagi mereka masih ada.. hargailah mereka.. insyaAllah...

bab seterusnya tentang tawhid.. air yang terapung.. menceritakan tentang kejadian hukum tuhan... dimana proses lengkap wap-wap air yang naik keudara sehingga menjadi hujan.. dan terus berputar.. dengan kejadian angin... yang boleh meniup awan-awan... kejadian tuhan begitu lengkap dan teratur...

ini sahaja antara isi-isi yang telah dipendekkan untuk pengisian usrah kali ini...sambung akan datang.. :D

Tuesday, July 5, 2011

proposal bungalow

Proposed bungalow for a client at Kuantan, Pahang

Proposed bungalow for a client at Kedah
 


Friday, July 1, 2011

Senandung Sutera


semalam(30june2011) merupakan hari terakhir perjalanan keretapi senandung sutera ke tanjong pagar.. keretapi senandung sutera merupakan keretapi dari malaysia ke singapore.. 


Kereta api merajuk
Bagaikan memahami apa yang terbuku di hati, kereta api Senandung Sutera yang sepatutnya berlepas tepat pukul 10.30 malam itu tertangguh selama dua jam.
“Sudah tiga hari berturut-turut kereta api buat perangai, mungkin dia pun merajuk macam kita,” kata pemandu pada malam itu yang mahu dikenali sebagai Khairi bertungkus-lumus membaiki enjin yang meragam. Khabarnya, sejak 22 Julai lalu stesen tersebut sudah mulai sunyi sepi selepas masing-masing diarahkan berpindah.
Bahkan, pemandangan pelanggan setia dan penumpang kereta api menjamu selera sambil bergelak ketawa bersama teman-teman melepas lelah selepas waktu kerja di restoran-restoran di tanah Malaysia itu kini tinggal memori.(source: http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2011&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm)
kesian keretapi tu.. masa trip 4th year sem lepas ke singapore, kami menggunakan perkhidmatan keretapi senandung sutera ni la..dari klsentral.. tak sangka lak stesyen tu dah tak digunakan lagi lepas ni.. memang nostalgic habis la situasi kat stesyen tu..memang old school.. cuma kt ruang menunggu dia masa tu ada bau kurang menyenangkan.. terasa bertuah sempat jugak merasa menggunakan perkhidmatan senandung sutera ke tanjong pagar, singapore..
baca kt sini nak banyak cerita pasal tanjong pagar: https://thelongnwindingroad.wordpress.com/tag/keretapi-tanah-melayu/
bye2 tanjong pagar.. 

Friday, June 3, 2011

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Bukti Kiamat Makin Hampir



Di dalam Al-Quran ada menyebut bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:


1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Semakin ramai golongan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat. Amin. -princess momoy

source : cyberez

Thursday, May 5, 2011

Kelebihan surah Al-Mulk



Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

"sampaikan olehmu dariku walau sepotong ayat"
"Bacalah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah, Bacalah. Kerana Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar dengan Qalam (pena), Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya"

Sunday, April 24, 2011

Jangan....

Jangan sampai tak sempat, Jangan lewat-lewat..


Jangan bila kita dipanggil, kita masih berhutang padanya..

pesanan ikhlas dari thr gegar... :)

Wednesday, April 6, 2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails